MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
1. Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
2. Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
Pengenalan
Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini.
Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.
Antara bahan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu seperti audio, video, grafik dan teks. Bahan-bahan ini sangat berguna kerana dapat merangsang minat murid.
Rujukan :
http://www.angelfire.com/bug/rangkaian0/kelebihan_internet.htm

a) Bahan audio
Bahan audio adalah bahan yang berbunyi seperti lagu, nada atau
sebagainya. Contohnya, guru boleh menggunakan bunyi ikan untuk menggambarkan
sekor ikan, membunyikan bunyi ayam bagi menggambarkan ayam. Melalui penggunaan
bahan itu, pelajar dapat membina satu imiginasi dalam membentuk pembendaharaan
kata.
Contoh bahan audio :
Contoh bahan audio :
b) Bahan video
Biasanya pemilihan alat bahan bantu
mengajar mempunyai hubungkait dengan strategi pemusatan bahan. Media
pembelajaran seperti video yang terdiri daripada gabungan pelbagai multimedia
telah terbukti dapat meningkatkan minat dan sikap pelajar terhadap proses
pembelajaran. Televisyen dan pita video telah berjaya menjadi suatu media dalam
pendidikan tidak formal dan formal.
Contoh video:
Video lain:
c) Bahan grafik
Bagi seorang guru, pengetahuan terhadap aspek penghasilan bahan grafik digital sangat perlu. Hal ini disebabkan kehendak tugasan mengajar yang memerlukan mereka menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) atau Bahan Bantu Belajar (BBB). Kemampuan dan kemahiran guru untuk menghasilkan bahan grafik yang sesuai mampu menarik perhatian dan tumpuan pelajarnya. Bahan yang menarik dan disediakan dalam pelbagai bentuk, warna, dimensi dan komposisi mampu memberikan gambaran yang lebih jelas dan teliti tentang sesuatu topik pembelajaran yang hendak disampaikan. Dengan itu, objektif pengajaran dan pembelajaran mudah dicapai dengan bantuan bahan grafik tersebut.
Bahan grafik merupakan satu istilah umum yang merujuk kepada semua jenis unsur visual yang menyokong teks untuk menjadikan sesuatu mesej bercetak lebih jelas dan menarik.
Bahan grafik boleh dibahagikan kepada tiga kategori umum, iaitu:
Grafik Seni :
Merujuk ilustrasi, gambar foto dan lukisan yang digunakan untuk menyalurkan maklumat dan kesan emosi melalui imej dan bukannya menerusi kata-kata

Gambar
yang saya paparkan adalah seekor gajah,ulat dan keratapi. Untuk menambah daya rangsangan murid,
saya boleh menggunakan bahan audio bunyi gajah dan keratapi. Bahan ini dapat menarik
perhatian murid daripada jemu dan bosan ketika belajar.
Reka Bentuk :
Susunan rekaan yang merangkumi keseluruhan buku, berdasarkan susunan unsur asas dalam rekaan seperti prinsip rekaan, struktur rekaan, warna, bleed, akas (reverse) bagi menjadikan sesuatu rekaan bahan terbitan itu menarik.
Grafik Maklumat :
Merujuk carta, jadual, peta, dan rajah yang digunakan untuk menyalurkan maklumat secara visual.

Penggunaan
"SmartArt Graphic" melalui PowerPoint dapat memudahkan kerja bagi
membuat grafik maklumat.
Contoh :
Contoh :
Penggunaan bahan grafik seperti peta minda,
jadual dan carta memudahkan proses pembelajaran.
Ciri-ciri bahan grafik yang baik :
Mempunyai nilai kandungan - visual yang terdapat pada bahan grafik dapat membawai makna yang tersurat dan tersirat, meringkaskan maklumat, menyampaikan maklumat dengan tepat, dan mempunyai nilai seni dan penggabungan kesemua unsur seni, seperti garisan, warna, bentuk, rupa, dan ruang yang memberi kesan keindahan dan membangkitkan emosi.

Bahan teks boleh digunakan seperti pencarian melalui laman sesawang
Contoh 1 : Pantun
Menjerat seladang di
tepi hutan,
berat tulang tapi kuat makan.
Sudah bertiti tiada bergalah,
buah hati tiada yang salah.
Menyuling air pada senja sepi,
si juling air terbawa ke mimpi.
Kepal pulut di dalam piring,
gatal mulut kena tempeleng.
Menjala senangin dapat di beting,
si kepala angin cepat melenting
berat tulang tapi kuat makan.
Sudah bertiti tiada bergalah,
buah hati tiada yang salah.
Menyuling air pada senja sepi,
si juling air terbawa ke mimpi.
Kepal pulut di dalam piring,
gatal mulut kena tempeleng.
Menjala senangin dapat di beting,
si kepala angin cepat melenting
Contoh 2 : Lirik
"KERETA KECIL"
BAPAKU PULANG DARI
KOTA,
BAPAKU BELIKAN KERETA,
KERETA KECIL WARNA
MERAH,
BOLEH KU BAWA KE
SEKOLAH,
PON, PON, PON, PON,
PON, PON, PON,
KERETA KECIL KU
BERBUNYI,
MARILAH ADIK MARI
NAIK,
BOLEH KU BAWA KE RUMAH
NENEK.
Untuk mendengar lagunya sila klik "Kereta Kecil"
Lirik lagu a e i o u
a e i o u………. a e i o u
a e i…..a e i….a e i o u
a bunyi ayam
kok kok kok
e panggil emak
emak….
i ikan
berenang di dalam kolam
otak
yang bijak
u ular membelit
a e i…..a e i….a e i o u
Contoh 3 :Cerita
SANG KANCIL,SANG KERBAU DAN SANG BUAYA
Ada satu cerita berkenaan sang
kancil, sang kerbau dan sang buaya. Ceritanya lebih kurang mcm ni:
Satu hari sang buaya
berenang-renang di sekitar sungai mencari makanan. Kemudian entah macam mana
sebatang pokok reput tumbang lalu menghempap badan sang buaya yang malang.
"Tolong, tolong aku,"
kata sang buaya mendayu-dayu sambil menahan kesakitan namun tidak ada satu
makhluk pun yang mendengar teriakannya.
Dijadikan cerita maka dengan takdir
Illahi seekor kerbau melalui kawasan sungai itu untuk meminum air. Alangkah gembiranya
sang buaya apabila melihat kelibat sang kerbau lalu dia berkata,
"Wahai sang kerbau yang
budiman, tolonglah aku untuk mengalihkan batang kayu yang menimpa badanku ini
dengan menggunakan tandukmu yang kuat itu. Sudah seharian aku meminta tolong tapi
tidak ada satu haiwan pun yang mendengar panggilanku. Tolonglah aku wahai
sahabat."
Sang kerbau berfikir sejenak lalu
berkata, "Aku boleh menolongmu wahai buaya tapi dengan satu syarat.
Janganlah kau apa-apakan aku nanti setelah aku mengalihkan batang kayu itu dari
badanmu."
"Baiklah, aku berjanji"
kata sang buaya. Lalu dengan segala kudrat dan kekuatannya sang kerbau pun
mengangkat batang kayu tersebut dari badan sang buaya dan mencampakkannya ke
tepi. Akan tetapi dengan tiba-tiba dan tanpa disangka-sangka sang buaya lalu
mengigit kaki sang kerbau setelah dia boleh bergerak.
"Aduhhhhh!!!!!!!" jerit
sang kerbau kesakitan.
"Kamu sudah berjanji padaku
untuk tidak mengapa-apakan diriku namun kenapa kamu mengigit kaki disaat aku
telah menolongmu wahai sang buaya," kata sang kerbau sambil meringis
kesakitan.
Lalu sang buaya berkata tanpa
melepaskan kaki sang kerbau, "ketahuilah olehmu wahai sang kerbau, aku
tertimpa oleh batang kayu buruk tersebut kerana pada masa itu aku sedang
mencari makanan dan telah seharian aku tidak menjamah makanan. Aku berterima
kasih padamu kerana menolongku namun aku tidak boleh melepaskan hidangan yang
sudah sedia ada dihadapan mataku."
Mendengar kata-kata sang buaya yang
tidak mengenang budi itu timbullah penyesalan dalam diri sang kerbau kerana
mempercayai dan menolong sang buaya. Bak kata pepatah melayu "sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.
Namun Tuhan itu Maha Kuasa,
ditakdirkan seekor kancil melalui kawasan dimana sang kerbau dan sang buaya
berada dan telah mendengar segala perbualan antara sang kerbau dan sang buaya.
Sang kancil merasa simpati dengan sang kerbau kerana telah ditipu oleh sang
buaya lalu sang kancil merancang helah untuk membebaskan sang kerbau.
Lalu sang kancil pun pergi ke
tempat dimana sang kencil dan sang buaya berada lalu sang kancil bertanya,
"Apakah yang telah terjadi di sini wahai sang buaya, sang kerbau? lalu
sang buaya dan sang kerbau pun menceritakan apa yang telah terjadi dari mula
sampai akhir. Sang kerbau mempertahankan pendiriannya yang sang buaya tidak
sepatutnya memungkiri janji. Sang buaya pulak mengatakan bahawa dia sebenarnya
tidak bersalah kerana sudah lumrah alam bahawa sang kerbau adalah makanannya.
"Baiklah, aku akan memutuskan
siapa diantara kamu berdua yang berkata benar tapi sebelum itu aku ingin
melihat situasi sebenar bagaimana sang buaya ditimpa pokok kayu sehinggalah
sang kerbau datang menolong." Kata sang kancil dan kedua-dua haiwan itupun
bersetuju.
Wahai sang buaya, lepaskanlah dulu
cengkaman mulutmu dari kaki sang kerbau dan sang kerbau, angkatlah kembali
batang pokok kayu tersebut dan letakkan di atas badan sang buaya." arah
sang kancil. Setelah cengkaman mulut sang buaya terlepas dari sang kerbau maka
sang kerbau menjalankan tugasnya mengangkat batang kayu yang menghempap badan
sang buaya dan meletakkan di atas sang buaya sehingga sang buaya tidak dapat
bergerak.
Setelah semuanya selesai, lalu
berkatalah sang kancil kepada sang kerbau,
"Hahh!! Apa lagi yang kamu
tunggu,inilah masanya untuk kamu melepaskan diri dari sang buaya yang keji
ini." Barulah sang kerbau menyedari yang itu semuanya adalah tipu muslihat
sang kancil semata-mata. Setelah mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sang
kancil telah menolongnya, maka tanpa berlengah-lengah lagi sang kerbau pun
segera beredar dari kawasan itu.
Berlainan pula dengan apa yang
dialami oleh sang buaya. Tidak disangkanya sama sekali bahawa dirinya telah
ditipu oleh sang kancil yang berbadan kecil itu. Lalu dia berkata,
"Sungguh keji helahmu wahai sang kancil. Menipuku sehingga membuatkan aku
melepaskan makananku, huhh!!!!!!!
Lalu sang kancil
membalas,"Itulah balasan buat mereka yang memungkiri janji. Madu yang
diberi kamu balas dengan tuba. Perbuatan baik sang kerbau kamu balas dengan
kejahatan, nafsu serakahmu membuatkan kamu memungkiri janji yang kamu telah
buat. Inilah balasan yang terbaik buat makhluk yang tidak tahu bersyukur
seperti kamu.
SEKIAN.....
MORAL OF THE STORY
♫~ Ada mata pandang, PANDANG..~♫
♫~ Ada telinga, DENGAR..~♫
♫~ Ada mulut, DIAM..~♫
♫~ Ada otak, FIKIR..~♫
♫~ Ada hati, RASA..~♫
Cerita lain:
Rujukan:

No comments:
Post a Comment