Wednesday, 19 September 2012

INTERAKSI 3

TAJUK 7:MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
    Model pemprosesan maklumat merupakan model yang paling utama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer. Model yang dibangunkan ini adalah untuk memberikan ingatan kepada pengguna melalui teknlogi komputer.

7.1 BENGKEL MODEL PEMBINAAN PEMPROSESAN MAKLUMAT
Rajah 1 : Analogi Model Pemprosesan Maklumat Manusia dengan Komputer
      Model Pemprosesan Maklumat ( ‘The Information Processing Model’ )bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai anologi. Selain itu, penggunaan sistem komputer dikatakan sebagai analogi cara manusia. Apa jua kecanggihan teknologi (Komputer) masih tidak dapat menandingi proses ingatan manusia.

Rajah 2 : Prinsip Pemprosesan Maklumat
Rajah 3 : Pemprosesan maklumat

7.2 Aplikasi model pemprosesan dengan menggunakan tapak pembelajaran.
     Guru-guru yang hendak mengajar murid-murid menggunakan tapak pembelajaran haruslah menunjukkan cara-cara menggunakan tapak pembelajaran tersebut kepada murid. Hal ini membantu murid-murid mengingati bagaimana tapak pembalajaran itu digunakan agar membolehkan murid-murid menggunakannya untuk P&P yang seterusnya.

Contoh-contoh tapak pembelajaran bersifat tutorial.

Rajah 4 : Contoh Tapak Pembelajaran
Langkah 1 :
Membuka laman web yang diingini iaitu laman web tutor. Laman ini sering digunakan guru bagi sesi P&P.
Langkah 2 :
Anda dikehendaki menekan atau klik pada kotak bertulis 'Bank Soalan', dimana telah berpautan dengan soalan-soalan yang telah dikumpulkan. Soalan-soalan yang merangkumi soalan-soalan bagi tahap sekolah menengah dan sekolah rendah. Bagi sekolah rendah harus memilih soalan bagi sekolah rendah. Contohnya :  


Langkah 3 :
Pada langkah ketiga, setelah memilih tahap soalan, anda seterusnya memilih mata pelajaran yang diingini. Sebagai contoh mata pelajaran Bahasa Melayu.

Langkah 4 :
Setelah itu, anda boleh memilih kertas model yang dingini. Bagi setiap kertas model yang disediakan mengandungi dua jenis soalan iaitu kertas 1 bagi soalan pemahaman dan tatabahasa. Manakala kertas dua pula mengenai esei. Sebagai contoh seperti di bawah:

Langkah 5:
Soalan akan berbentuk PDF format seperti di bawah. Kemudian, guru bolehlah menyimpan bahan-bahan pengajaran tersebut menggunakan kreativiti guru, untuk menentukan cara penyampaian yang lebih sesuai sama ada dibuat dalam bentuk teks biasa, menggunakan power point dan sebagainya. Seperti di bawah, guru bolehlah klik pada 'button save' untuk menyimpan sebagai rujukan akan datang;


MINGGU 8 : PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA ATAS TALIAN DAN LUAR TALIAN  


  •  Berbeza pula dengan pengajaran luar talian yang boleh didefinisikan sebagai “offline”. Dimana, tiada penggunaan internet, tetapi boleh digunakan. Hal ini bermaksud , pengajaran tersebut menggunakan bahan dari internet. Namun ia tidak menggunakan secara langsung daripada hubungan dengan internet.
  • Seringkali bahan luar talian ini didapati dengan cara memuat turun, dan disimpan di dalam satu fail. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.
Kelebihan Pengajaran Secara Atas Talian 
i.Dapat mengakses bahan dengan cepat
ii.Kepelbagaian bahan di internet
iii.Meningkatkan kemahiran ICTdalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan.

Bahan yang boleh didapati daripada internet sepanjang proses P&P atas talian ialah:
8.1:Melaksanakan simulasi pengajaran atas talian :





MINGGU 9 : MENGEDIT BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA ATAS TALIAN MENJADI BROSUR, NEWS LETTER DAN KAD PENGUMUMAN
     Bahan pengajaran Bahasa Melayu begitu banyak di alam maya kini. Digitalisasi yang berlaku kini adalah kesan rembatan kemajuaan teknologi sehinggakan tercetus satu fenomena baru iaitu mengedit bahan pengajaran melalui internet kepada bentuk yang lebih menarilk seperti brosur, ‘news letter’ dan kad pengumuman.

9.1 PROSEDUR PENGEDITAN

Langkah 1
                      • Masuk ke laman berkenaan
                      • Daftar diri sebagai pencipta
Langkah 2
                      • Ikuti arahan yang ditetapkan
                      • Pastikan bahan yang diedit bermanfaat
Langkah 3
                      • Semak semula bahan yang telah diedit
                      • Patuhi langkah demi langkah berkenaan

9.2 PRINSIP PENGEDITAN

9.3 Melaksanakan Pengeditan (Brosur) di www.mybrochuremaker.com














No comments:

Post a Comment