Tuesday, 18 September 2012

INTERAKSI 5

TAJUK 13 : MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

13.0 MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
     Animasi digunakan untuk memberi gambaran bagi sesuatu objek. Animasi boleh dalam bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.

13.1 Menggunakan Animasi Perkataan Dan Objek Power Point
POWER POINTS
       Perisian Powerpoint atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutamanya dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial,pembentangan kertas kerja dalam seminar. Namun bagi dalam bidang pendidikan pula, powerpoint ini kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
      Pada masa ini, powerpoint bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala, malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan powerpoint boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantukan Komputer (IBK) yang berkesan. Penggunaan powerpoint ini sering dikaitkan dengan animasi.
     Animasi dalam powerpoint ini terbahagi kepada dua iaitu: Lebih kepada slide powerpoint sahaja



Animasi powerpoint yang kedua merangkumi:
Lebih kepada penggunaannya kepada pergerakan slide powerpoint.


13.2 Mencari, Mengumpul, dan Menyesuaikan Animasi daripada Internet 

Maklumat boleh dicari dengan mencarinya di dalam enjin pencari.
PROSEDUR PENYEDIAAN PAPAN AYAT INTERAKTIF 
              PENGGUNAAN ENJIN PENCARI UNTUK PENCARIAN VIDEO
Terdapat pelbagai enjin pencarian yang boleh digunakanan untuk mencari video antaranya google dan yahoo.




Guna kata kunci pada enjin pencarian youtube untuk mencari video.
1.cari perkataan "YOU TUBE"
2.Muat turun video yang sesuai dan simpan dalam satu folder
3.Penggunaan Power Point Presentation untuk papan ayat interaktif. 
4.Pilih layout yang sesuai contohnya layout blank. 
5.Masukkan background pada layout untuk dijadikan latar papan ayat interaktif.
6.Masukkan video pada slide yang disimpan dalam file.
7.Rakam suara menggunakan sound recorder dan simpan dalam folder.
8.Bina perkataan pada setiap papan berdasarkan video.
                                       
9.Simpan video yang dimuat turun dalam folder
10.Gunakan hyperlink untuk memasukkan bunyi. Pilih perkataan pada papan dan pergi ke butang insert .Kemudiaan pilih action dan masukkan bunyi suara yang dirakam.
11.Penggunaan custom show untuk memainkankesemua slide dalam satu paparan sahaja. Pergi ke slide show dan pilih custom slide show. Setelah siap kesemua slide papan ayat interaktif simpan papan ayat interaktif sebagai powerpoint show.



TAJUK 14: BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.
14.1 Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
    Cakera padat boleh diklasifikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya ialah:


14.2 Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu 
    Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu.


 Selain itu, cakera padat yang turut digunakan ialah:
 Puisi tradisiona ldan kesusasteraan
 Latihan dan soalan

14.3 Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran
      Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

PANDUAN MENJAGA KESELAMATAN CAKERA PADAT :
 Jangan mendedahkan cakera padat pada cahaya matahari atau haba yang panas.
 Jangan menyentuh bahagian bawah permukaan cakera padat.
 Jangan menulis menggunakan pen mata bulat di permukaan atas cakera padat sebaliknya gunakan alat tulis seperti marker pen.
 Jangan simpan cakera padat secara tindih menindih.
 Jangan makan atau minum berdekatan cakera padat
 Pegang cakera padat dengan cara yang betul
 Jika tidak digunakan, simpan cakera padat ke dalam bekas yang disediakan.

TAJUK 15 : SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG

AKTIVITI :
 Mengadakan seminar
 Mengadakan pameran
Berbincang tentang persediaan untuk mengadakan Seminar dan Pameran TMK dalam Pengajaran Bahasa Melayu. 
Penilaian portfolio pelajar yang mengandungi tajuk-tajuk yang telah dipelajari.


No comments:

Post a Comment