Tuesday, 18 September 2012

INTERAKSI 4


MINGGU 10 : MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN
KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
    Penerimaan sesuatu yang bersifat bergerak, beralun, berbunyi dan berirama adalah
satu perkara yang digemari semua golongan manusia, dan murid-murid sekolah
rendah terutamanya. Lantaran itu, adalah menjadi tanggungjawab guru Bahasa
Melayu untuk mengetahui cara membina bahan pengajaran berorientasikan video
dan audio.
10.1 Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa.
    Proses pembinaan video dalam pengajaran kemahiran bahasa mempunyai perancangan tertentu
seperti:
- Penentuan peringkat pengajaran
- Kemahiran bahasa
i.Penentuan peringkat pengajaran
    Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi
menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu
yang sesuai penggunaan bahan video dan audio.
Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat iaitu :
                   
    Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Selain itu, interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.

ii-Prinsip pembinaan bahan video dan audio
iii-Penggunaan elemen teks
    Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki.
    Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.Pastikan teks yang
digunakan ringkas tetapi padat.Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian. Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai.Pemilihan jenis tulisan dan warna bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.

iv.Penggunaan elemen grafik dan visual
     Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya. Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan. Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.


v.Penggunaan elemen audio
   Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan
menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.


vi. Panduan menggunakan elemen video
    Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realitistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.

vii.Panduan menggunakan elemen animasi
    Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau member gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat static. Hal ini untuk meberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran perkataan atau imej-imej static untuk disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu member penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kendungan yang ingin disampaikan.
      Di samping itu animasi mampu memnyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun mungkin melibatkan kos yang tinggi.

viii.Panduan gabungan elemen-elemen teks, grafik, animasi dan multimedia dalam persembahan slaid.
    Bergerak di sekitar bilik ataupun ruang di mana anda melakukan persembahan dan perhatikan bagaimana slaid anda muncul di skrin. Bagi bilik yang boleh memuatkan 30 orang, tajuk slaid seharusnya tidak kurang daripada 24 points dan saiz minima untuk butiran teks (bulleted text) adalah 18 points.
    Elak daripada memberikan terlalu banyak data dalam satu slai. Slaid seharusnya memberi gambaran ringkas, huraiannya boleh dilakukan secara verbal.Elak menggunakan garfik atau gambar yang terlalu kecil. Jika anda perlu meminta maaf, maka jangan guna.
     Guna warna secara selektif. Sebagai contoh warana latar yang lebih sesuai untuk bilik yang cerah dan warna yang padat untuk bilik yang gelap. Merah sering dikaitkan dengan bahaya dan berhenti dan kewangan muflis, maka elak menggunakan warna merah untuk carta kewangan yang menunjukkan peningkatan. Teks kekalkan ia pada nombor LIMA (+-2), contoh lima baris teks untuk satu slaid dan lima perkataan untuk satu ayat.
    Grafik: Gunakan visual yang dinamik unutk menarik perhatian dan berikan ruang kosong antara grafik dan teks.

„Ï Panduan pelaksanaan video Pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan perisian Movie-Maker.
1. Memuatturun / Download video daripada internet.
2. Simpan video ( Download ) dalam satu folder.
3. Seterusnya, buka perisian Movie-Maker.
4. Masukkan video yang telah dimuat turun daripada internet ke dalam perisian Movie-Maker.

5. Masukkan audio/rakaman suara sebagai bahan pengajaran dalam menyediakan video pembelajaran.
6. Gerakkan audio/rakaman sesuai dengan watak dalam video yang dimasukkan.



7. Masa audio/ rakaman suara dapat diselaras mengikut masa video yang hendak dimainkan menggunakan timeline.

8. Masukkanteksdalam video melalui"caption¨.
9. Masukkantajuk video pembelajaran.

10. Masukkan animasi dan video effect

11. Masukkan sound effect atau muzik permulaan/intro.

MINGGU 11 : PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA SIDANG VIDEO
11.0 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video


Perisian Sidang Video



Jenis Persindangan Video



Transmisi Sidang Video
Teknologi sidang video berfungsi dalam tiga peringkat iaitu :

Kebaikan Menggunakan Sidang Video

11.1 Konferensi Secara Talian

11.2 Mengadakan Sidang Video Untuk Mengajarkan Kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca dan Menulis
i. Sidang video menggunakan perisian Skype





MINGGU 12 : MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
12.0 Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
    Alat pengarangan merupakan alat bertanggungjawab untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan. Selain itu, juaga alat pegarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan.

Jenis-jenis Alat Pengarangan

12.1 Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Mencapai Kemahiran Bahasa Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
    Alat pengarang yang dipilih haruslah membuatkan anda selesa dengan penggunanya. Sebagai contoh pemilihan alat pengarangan yang dipilih ialah Google docs. Google docs ini boleh didapat dengan melayari :
  https://docs.google.com/

Google docs merangkumi :
Aplikasi :
# Guru memberi tajuk karangan dan mengarahkan murid untuk menghasilkan karangan tersebut menggunakan alat pengarang yang diketahui.

12.2 Aplikasi Penyuntingan Bahan Bahasa Melayu dengan Menggunakan Alat Pengarangan
    Bahan bahasa Melayu yang didapati daripada Internet boleh disunting. Bahan ini boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah berikut tersebut ialah :
                (i) Mengumpul bahan dari Internet
                (ii) Memasukkan maklumat dalam alat pengarangan
                (iii) Memulakan semakan
                (iv) Memadam maklumat tidak berkaitan
               (v) Simpan maklumat atas talian

Jenis-jenis Alat Pengarangan

Adobe Flash Player
    Ialah perisian yang memaparkan animasi dan filem dengan menggunakan atur cara computer seperti pelayer web. Flash Player ialah pemain multimedia dan aplikasi ciptaan Macromedia, dibangunkan dan diedarkan oleh Adobe setelah membeli Macromedia. Flash Player menjalankan fail-fail SWF yang boleh direka dengan menggunakan alat pengarangan Adobe Flash rekaan Adobe Flex, atau mana-mana alat Macromedia yang lain dan pihak ketiga.
     Nama Adobe Flash, atau sekadar Flash, merujuk kepada pogram pengarangan multimedia tersebut ataupun Adobe Flash Player edaran Adobe yang menggunakan grafik vector dan raster, bahasa peenskripan tersendiri iaitu Action Script dan penstriman video dan audio dwiarah. Sebenarnya, Adobe Flash hanya
memaksudkan sekitaran penghargaan manakala Flash Player ialah mesin maya yang digunakan untuk menjalankan fail Flash, namun erti-erti tersebut sering dicampuradukkan dalam bahasa percakapan. Oleh itu, nama ¡§Flash¡¨ boleh memaksudkan sekitaran pengarangnya, pemainnya atau fai-fail aplikasinya.
     Flash Player menyokong bahasa penskripan tersirat bernama Action Script (AS) yang berasaskan ECMAScript. Semenjak diperkenalkan sebagai sintaks tanpa pemboleh ubah, Action Script telah berkembang maju untuk menyokong kod berorientasi objek, hinggakan keupayaannya boleh dibandingkan dengan Java Script ( satu lagi bahasa penskripan barasaskan ECMAScript).
 Pada awalnya, Flash Player direka untuk memaparkan animasi vektor dua dimensi yang ringkas, tetapi kini sesuai untuk mereka aplikasi Internet kaya dan menstrimkan video dan audio. Flash Player menggunakan grafik vector untuk meminimumkan saiz fail serta menghasilkan fail yang menjimatkan lebar jalur dan
masa pemuatan. Flash ialah format yang sering digunakan untuk permainan, animasi, dan GUI yang dibenamkan dalam laman web.
    Flash Player tersedia sebagai pemalam untuk versi-versi terkini player web (such as Mozilla Firefox, Opera, Safari dan Internet Explorer (IE)) di platformplatform terpilih. Adobe menyatakan bahasa setiap versi pemalam adalah serasi dengan versi sebelumnya, kecuali perubahan ciri-ciri keselamatan yang diperkenalkan dalam versi 10.[1].

COMIL
    Bagi sekolah-sekolah di Malaysia alat pengarangan yang dicadangkan digunakan adalah alat pengarangan yang dibangunkan oleh MIMOS Bhd iaitu ComIL. Untuk mempelajari alat pengarangan ini, pihak MIMOS telah menyediakan tutorial ComIL yang boleh didapati di www.comil.com.my . ComiL merupakan satu inovasi daripada MIMOS Berhad yang dibangunkan oleh pakar tempatan (MIMOS, tanpa tarikh). Ini bermakna ComIL merupakan pilihan terbaik untuk senario tempatan.
    ComiL Intan ialah sebuah alat pengarangan multimedia yang pertama menggunakan antara muka Bahasa Melayu (MIMOS, tanpa tarikh). Ia adalah versi terbaru selepas Comil Zamrud. Menurut mereka, alat pengarangan ini amat menarik kerana ia boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. ComIL boleh difahami dan digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah rendah sehinggalah orang-orang dewasa. Ia juga mampu memenuhi keperluan pembangun multimedia profesional.
     Alat pengarangan ComIL ini menawarkan pelbagai kemudahan kepada penggunanya untuk membina satu perisian multimedia yang interaktif. Melalui alat ini, guru-guru dan pelajar-pelajar boleh mencipta pelbagai bahan pengajaran dan persembahan multimedia dengan menggabungkan teks, grafik, video, animasi dan
kesan bunyi yang menarik.
     Konsep belajar dari komputer dilaksanakan sekarang apabila menggunakan perisian ComIL ini untuk membina kemahiran-kemahiran tertentu. Di sini pelajar akan belajar menggunakan Comil dari laman web ComIL (guru) yang telah menyediakan satu modul yang lengkap untuk memperkenalkan ComIL. Selain dari menggunakan tutorial dari laman web tersebut, guru-guru boleh menggunakan buku panduan yang dibekalkan oleh pihak MIMOS apabila perisian ComIL dibeli dari mereka sebagai bahan bantu mengajar.

Kekuatan Alat Pengarangan COMIL
- Penggunaan Bahasa Melayu yang mudah memberikan kefahaman yang jelas kepada pelajar untuk memahami arahan-arahan yang diberi.
- Suasana pembelajaran yang bermakna dan relevan dengan senario tempatan dapat dihasilkan.
- Pendekatan penerangan yang digunakan memudahkan pelajar mengikuti proses memahami sistem ComIL.
- Kemas dari segi susunan nombor yang teratur, serta peraturan arahan yang berkesinambungan dari satu fungsi ke fungsi yang lain
- ia mempunyai bahagian pengenalan yang menerangkan definasi perisian kursus serta
- konsep-konsep asas yang berkaitan agar pelajar mempunyai kefahaman yang fokus tentang pembangunan perisian kursus yang menggunakan alat pengarangan



No comments:

Post a Comment